Aku sekarang dlm proses nak menguruskan diri. Semalam aku timbang berat guna mesin elektronik tahap tak canggih sangat. Tak berbaloi 20sen sbb machine tu bukan betul sgt. Berat aku kalau berharap 40kg ke atas tu mmg tak ah sbb aku ni jenis genetik lidi. Kalau berdiri blkg tiang confirm orang tak dpt nmpk sbb tu masa sekolah dlm surau port aku blkg tiang. Confirm BADAI (Badan Agama Islam) sekolah tak dapat tangkap aku tidur. Tapi kalau kantoi dgn makhluk celaka yg jenis tak senang hati meloncat hoyeh tgk aku rehat mata memang sedap kena panggil pergi depan. Badan di urut oleh wanita bertangan mulus, bibir sexy kalah Maria Ozawa, kaki putih terserlah kewanitaan sepenuhnya di situ. Memang fullaahhmaaaakk.
Bangang.
Pagi tadi sejaganya aku dari tidur, aku mengharapkan aku seorang lelaki. Kalau aku ada duit berjuta-juta turun dari langit mcm dalam cerita Jutawan Fakir, tidak akan sama sekali aku melakukan pembedahan plastik di bahagian alat kelamin mahupun mengadakan halkum atau dlm versi English nya plastic surgery. Orang zaman sekarang, yg jantan nak jadi betina, betina nak jadi jantan. Tapi kenapa lelaki ?
Sebab aku nak jadi tok khutbah. Pasti masih tertanya, tapi kenapa ?
Sebab aku gila microphone. Aku suka menyanyi tapi tiada duit nak pergi Redtube Redbox. *hint hint* Tahun ni punya birthday siapa nak belanja ? Last year punya, ai tak suka sangat. Oh btw, tiada lagi Orlando Bloom dalam hidup saya. Terima kasih :)
Sunday, 7 February 2010
adnan sempit tersepit
Posted by the name is ASMA at 5:59 PM 9 paparazzies Links to this post
Saturday, 6 February 2010
aku tak suka kau dah
Memandangkan sekarang bulan mengawan, semua org pun mula merengek sana sini dgn pasangan. Macam yu need me, ai need yu la kan. Tapi baguslah sekurang-kurang dia straight, comolot sana sini pun okay, daripada yg mati pucuk pilih sama jantina ? Nabi Muhammad tak mengaku umat weh!
Muahahaha, tiada kaitan.
Esok aku nak jumpa Ija, nak beromen dengan dia. Nauzubillah, tak tak tak. Takut jugak kang sampai akhirat Muhammad tanya kau Yahudi ke Nasrani ? Siapa nak jawab ? Penat Zahari bagi duit bayar Ustaz Amin setiap bulan. Aku pun tak paham apa dah jadi dgn brain system aku, senang cerita sleep cycle ah. Bukan macam menstruation dah, cukup bulan dia *ahh, lu pikir la sendiri. Malam dah macam siang, siang memang sah-sah la malam. Kepala otak bingit dengar mak membebel tapi nak buat mcm mana dah kata tumpang kondo mak bapak terpaksa buat muka toya separuh Janet Jackson la jugak. Siapa ada tips untuk jadikan aku manusia normal balik dan bukan nocturnal ? Siapa boleh tolong, aku belanja ticket Tooth Fairy yg aku akan tgk esok. Intrested ? Call number ni : 013-*******. Alamak, censored la pulak ? Wah, macam orang famous tak aku ? Bajet org copy number buat teman borak masa ada super saver.
Ok lah. Aku sebenarnya cuma nak ckp.....
Selamat Berjaya wahai kau wanita tercantik maha agung dalam dunia. Untuk maklumat lanjut sila click sini. Sebab perempuan ni, maksud cilaka aku jadi comel. Biasalah salahkan oestrogen, hormon jadi tak menentu. Emo, emo, panas baran, pemarah, celaka, pemusnah, berak tak basuh, tak pernah nak mandi pagi, menumpang, mengoyan, makan babi dan sebagainya.
See. Lari tajuk lagi. Senang cerita, dia ni nak pergi belajar jauh dari makbapak, adik beradik serta kawan-kawan. Bak kata org tua, belajar smpai ke negara China tapi dia ni sampai Egypt sana. Memang kira lepas la buat menantu org tua tadi. Parents dia ni jenis org yang banyak duit kiranya mcm kaya-rayalah. Duit taktau nak buang mana sampai kereta kena pinjam porch rumah sebelah buat teduh. Dah kata nak pergi Egypt, bikini, board shorts semua mmg tak ah. Semoga masuk syurga bersama kita. Dia yg di maksudkan :
Posted by the name is ASMA at 2:44 AM 6 paparazzies Links to this post
Thursday, 4 February 2010
kau hensem macam amoi
semalam merupakan hari yg amat memenatkan tapi sgt seronok seperti perasaan syeikh muszafar ketika dipilih menjadi seorang angkasawan utk terbang ke langit hitam yg gagal dilihat oleh pancaindera kasar. loner macam aku mana ada kawan dekat sana, sampai sahaja terus jumpa instructor bukan mcm org lain yg datang dengan awek, laki, kwn, kembar, mak, dan lain-lain. aku dapat drive BMW semalam walaupun bapa aku tak request dgn driving academy tu mungkin sebab aku berpakaian yg menjolok mata dan bermake-up tebal. rasanya seperti membawa sebuah limosin di mana stereng sgt mudah utk di ajak berborak manakala kerusinya yg boleh mengurut ketika memandu dan tidak dilupakan air-conditioner yg mengeluarkan angin yg lebih sejuk drpd salji di north pole sana. gear yg dihadkan oleh cigku tersebut hanya satu & dua. dlm hati aku :
lebih kurang 4 tiang besi aku langgar tetapi hanya dua yang berjaya jatuh. tahu kenapa ? cikgu kata aku kasar sangat angkat kaki kiri dari clutch, tapi aku rasa yang sebenarnya kereta dekat tempat dia yg bermasalah kerana ia hanyalah sebuah kereta kancil berwarna merah yang lama serta mempunyai stereng yg keras dan susah di ajak berbincang bersama pendingin hawa yg gagal berfungsi. tetapi aku sangatlah bergaya bila sampai di bukit bukan seperti seorang lelaki sebaya tersebut muka sahaja handsome kalah Brad Pitt tetapi bila sampai dekat bukit org menjunam ke bawah tapi dia mengundur ke belakang. tetapi kalau kalian inginkan tips untuk sampai di bukit dan berhenti dgn bergayanya jgn malu-malu untuk buzz di ym, tetapi bagi sesiapa yg nak tanya di fb juga boleh. cewaaaaah :D akhir kata, perjalanan aku semalam ibarat dari Kedah ke Cyberjaya akibat masa yg terlalu lama iaitu selama 7 jam. sekian.
Posted by the name is ASMA at 2:39 AM 8 paparazzies Links to this post
Thursday, 28 January 2010
megabubols
bila hati terusik, perasaan semua terobek. sebab itulah org tua-tua selalu kata pikir dahulu sebelum bertindak. senang cerita,bukan org tua je yg ckp ni skrg aku yg muda pun nk berpesan. kalau dah sampai nasi jadi bubur, salji jadi ais, nasi goreng yg ingat nak buat sahur jadi basi, kau mintak maaf berjuta kali pun dah terlambat. aku malas nk mengeluarkan kata-kata kesat sbb bukan ada guna pun. lain la kalau sekali aku cakap babi (ini sbg contoh ya) keluar RM10 dari mulut, sejuta kali pun aku pun aku boleh sebut tanpa sebarang paksaan. aku ingin hulurkan jutaan kemaafan kepada engkau yg mungkin tersinggung dgn post aku sebelum ini dan aku pikir kau mungkin salah seorang kerabat baginda atau seorang rakyat Johor yg sangat sygkan negeri. sekali lagi aku tegaskan, tiada niat lain aku menulis selain untuk berhibur dan menghiburkan.
kawan-kawan mmg semua supportive, aku baru ngadu sikit semua dah melenting sama. air mata terharu sikit demi sikit mengalir walaupun secara zahirnya tiada. batin siapa tahu bukan ? semua dah mcm MSG dan aspartame, tahu kenapa ? baca ni :
"annoying gila babi budak tu"
"kutuk dia habis-habisan asma"
Posted by the name is ASMA at 2:00 AM 4 paparazzies Links to this post
Sunday, 24 January 2010
shuffle milikku
kalau tgk tajuk mesti kalian tertanya-tanya bagaimana aku boleh terjerumus dlm kancah shuffle ni. tapi pada hakikatnya, niat aku hanya nak bersuka sahaja buat tajuk mcm tu sbb baru lepas tgk Aril yg rambut sejemput tapi panjang dah nak dekat sama dgn aku plus ada color oren lagi kat astro ria tadi. cerita tu tak best pun sbb biasalah pelakon baru, stoned. Eceh, mengutuk org laju je tapi kau jgn nk berani-berani kutuk Sam sbb sampai ke court aku boleh heret ibarat melemparkan tuduhan melulu terhadap pemimpin negara ataupun atas kesalahan penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam. rasa gentar tak ? aku sebenarnya ada benda nk cerita tapi kalau nak betul-betul dengar cerita, kenalah buzz dekat ym tp tgk nasib la juga. sbb biasalah sekarang ni anak sultan Johor yg baru tabal tu tgh tergila-gilakan aku jadi aku tak berani nak mengadakan hubungan sulit dgn sesiapa di belakang dia sbb takut juga dia murka hbs satu kaum kerabat keluarga kalian yg kena. mulia kan aku ? semalaman aku tak tidur sbb rancak bergelak tawa. walaupun dia buffer macam lagi lambat drpd kura-kura yg masuk pertandingan lari dgn si kancil, aku tetap bersabar. penangan Shibata Rihito punya pasal walaupun muka tak setampan Shamsul Annuar, poket tak sebegaya Orlando Bloom, seluar tak secarrot Aril aku terima sahaja dia seadanya. terima kasih bg mereka yg sebolehnya mempromosikan cerita tersebut nnti aku jadi permaisuri aku belanja mkn roti canai kedai belakang rumah tapi kena tuntutla sbb aku ni pelupa. daripada kalian hisap rokok, melepak tak tentu pasal, merempit sana sini, merompak rumah bank dan segalanya baik kalian layan cerita-cerita mcm ni. dekat youtube.com pun ada ! kalau lepas tgk cerita tersebut kalian rasa habiskn masa dan menyebabkan daya penglihatan kalian hilang, saya tidak sanggup di saman sekadar belanja kek coklat RM3.00 mungkin tak akan menjadi masalah tetapi saya minta cuba dahulu baru tahu.
Posted by the name is ASMA at 4:55 PM 7 paparazzies Links to this post
Thursday, 21 January 2010
of diskettes and pendrives
beberapa hari yg di alami sangatlah membosankan. bukan bosan tetapi lebih kepada menyedihkan. tidak ada apa yg seronok, aku bukan seperti org lain yg baru sahaja melangkah masuk ke alam ceramah KPP atau seperti orang yg sedang dilanda krisis rumahtangga akibat suami mencari lain atau isteri yg sudah menopause mahupun seperti orang yg sedang berjoli dengan first gaji. dua tiga hari pelbagai benda berlaku buat mata lebih terbuka luas, dada lebih terkoyak dlm, belahan perasaan makin kacau. buat sesiapa yg tahu, terima kasih kerana berusaha mengembalikan semangat yg hilang tetapi buat mereka yg tdk tahu terima kasih juga aku ucapkan kerana setidak-tidaknya anda akn tertanya-tanya apakah yg telah berlaku. senang cerita, perasaan cuma bergelora lebih rancak drpd angin taufan atau musim tengkujuh yg berlaku di Kltn mahupun Terengganu. Kini, aku lebih menghargai apa yg ada di depan mata. tau tak apa tu Cream Cracker Hup Seng ? yg warna kuning-kuning keemasan tuu. Haa ? aisy, kalau yg bulat dlm ada cream putih tu biskut julie's, yg empat segi warna coklat kehitaman tu biskut tiger la adik. ni yg biasa tu empat segi plane takde rasa tu.kalau nak tau yg tu satu bekas tupperware aku boleh habiskan. kalau dulu makan Macaroni Cheese dekat Secret Recipe pun boleh tinggal je kalau tak hbs. sekarang, nampak apa je semua aku telan. kasihan bukan ? itulah padah diri sendiri. entah bila akan terubat. kau yg byk duit tu datang la sini culik aku bawa lari pergi tempat jauh mcm Genting Highlands ke London ke. belanja burger tepi jalan harga RM1.50 pun dah boleh buat aku menangis. especially kau Orlando Bloom, muka tak hot takpe asal poket bergaya cukup.
Posted by the name is ASMA at 4:21 AM 4 paparazzies Links to this post
Thursday, 14 January 2010
Sodium Chloride
perkara ini bukanlah semalam terjadi, mungkin beberapa hari yg lalu tetapi pada waktu sekarang iaitu pada jam tepat 4 petang barulah ideaku mencurah-curah seperti mencurah air ke daun keladi. pada malam tersebut, org yg telah menjagaku sejak kecil telah menelefon ibuku. hubungan keluarga kami amat baik bagai aur dgn tebing dan seperti isi dgn kuku. pasti kalian beranggapan bahawa beliau menelefon ibuku utk membincangkan perihal perkahwinan anak lelakinya dgnku tetapi mana mungkin hal itu terjadi kerana beliau tidak pun memiliki anak lelaki walaupun seeorang. sebenarnya beliau menelefon utk menyuruh ibuku melawat ibu mertuanya yg sedang sakit. pelik bukan kenapa meminta sebab yelah kan selalunya kalau org sakit kita willingly pergi menjenguk. tapi kali ini lain. memandangkan ibuku seorang nurse di sebuah hospital berdekatan, dia harus pergi merawat nenek tua yg sedang dalam keadaan kritikal itu. biasalah kalau org kampung manalah nak pergi ke hospital. semuanya harapkan pulih sendiri tanpa bantuan serum yg di bekalkan doktor yg lebih pakar. punca nenek tua tersebut menjadi lemah masih tidak di ketahui sehingga sekarang. Ibu kata selepas dia makan kuih apa tah tiba-tiba dia tersedak dan kemudian di baringkan sebab dia tidak membuka mata tetapi masih memberi tanda-tanda positif seperti respon yg sangat baik. mak aku kata nenek tua tu kena strok sbb badan yg dr kepala sampai hujung kaki di sebelah kanan semuanya tidak berfungsi lagi. setelah mama mencuri beberapa peralatan dr hospital, kami bergegas pergi ke sana. mama cuba mencari urat nenek tersebut untuk di cucukkan jarum agar air dan susu sekurang-kurangnya dapat di salurkan melalui hidung kerana badan nenek tersebut terlalu lemah kerana sudah dua hari tidak menjamah sebarang makanan. bila mama cucuk tgn, nenek tersebut memberi respon bahawa dia sakit walaupun matanya tutup. nafasnya sekejap naik sekejap turun. apa yg dapat aku lihat pada masu itu adalah darah yg keluar dr tempat dia di cucuk. tetapi apakan daya akibat uratnya yg terlalu kecil, mama gagal untuk memasukkan jarum tersebut. kemudian, perasaan belas dan kasihan mama terhadap nenek tersebut membuatkan mama mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aktiviti selanjutnya. mama kata elok kalau bawa sahaja nenek tersebut ke hospital kerana di sana kelengkapannya lebih bagus dan lengkap. tetapi, seperti yg di katakan mereka semua degil. sekarang aku tak tau apa yg terjadi dgn nenek tersebut. harapannya agar dia sembuh seperti sedia kala sebab dia suka bg duit raya dlm jumlah yg besar kalau beraya di rumahnya. ingin aku selitkan di sini, nanti kalau ibu bapa kalian sudah sakit seperti itu drag sahaja mereka ke hospital walaupun mereka menolak kerana percayalah kelengkapan di sana lebih banyak. suka hati kalian sama ada mahukan yg swasta atau kerajaan sbb yelah kan duit masing-masing punya tetapi kalau dah ajal tak ke mana juga bukan tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba.
Posted by the name is ASMA at 3:53 PM 6 paparazzies Links to this post
